Sunday, April 21, 2013

APAKAH RAWATAN UNTUK KANSER? (bahagian 2)

Bahagian 2 

Rawatan radioterapi 


Rawatan radioterapi adalah salah satu kaedah rawatan kanser yang sangat penting. Radioterapi bukan saja penting untuk rawatan kanser wanita tetapi juga kanser-kanser lain. Tidak semua kanser boleh dirawat dengan pembedahan ataupun kemoterapi. Rawatan radioterapi adalah salah satu rawatan yang menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi ataupun bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser.

Secara amnya terdapat dua jenis radiasi yang sering digunakan untuk tujuan rawatan radioterapi iaitu : 
  • Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ( asas penghasilannya adalah sama seperti X-ray biasa tetapi ianya mempunyai kuasa yang lebih tinggi) , sinaran ini dihasilkan melalui hentaman kuat elektron di luar nukleus. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ini dikeluarkan oleh alat yang dinamakan Linear Accelerator dan rawatan yang diberikan dinamakan “External Beam Radiotherapy” ataupun EBRT.
  • Sinaran Gamma (“Gamma ray”). Sinaran gamma dikeluarkan oleh bahan radioaktif. Penggunaan sinaran gamma digunakan di dalam rawatan Brakiterapi.
Rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran 

Menggunakan ayat-ayat Al-Quran merupakan salah satu cara  spritual yang anda dapat cuba dalam mengubati sesuatu penyakit. Gabungan cara fizikal seperti kawalan diet, senaman, cara hidup  dengan cara spritual seperti penggunaan ayat-ayat al-Quran, dengan izin tuhan pesakit akan sembuh dengan lebih cepat.

Berikut ialah beberapa ayat-ayat Al-Quran yang dapat digunakan bagi merawat kanser yand dipetik daripada website 1khalifah.

Untuk mengecilkan sel-sel kanser : Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)

Untuk membunuh sel-sel kanser

1. Surah Al Qalam : 1-5
2. Surah Al Qalam :  16 - 20 (baca 7 x , ulang ayat ke 20 - 20 x)

Untuk sembuh dari kanser

1. Al Fathihah
2. Al Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thahaa 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaafaat 1-15
9. Al Rahman 31-34
10. Al Hasyr 21-24
11. Al Mulk 3-4
12. Al Qalam 3-4
13. Al Jinn 3
14. Al Kafirun
15. Al Falaq
16. An Nas

Bacalah kesemua ini pada air untuk diminum dan dibuat mandian. Sebaik-baiknya gunakanlah air mineral atau air zam-zam untuk air minuman. Ini adalah kerana air zam-zam mempunyai sifat antioksida yang tinggi, saksikan video dibawah untuk keajaiban air zam-zam. 



Dalam erti kata lain, perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya.

 Firman Allah di dalam Al-Quran
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...." (Al Israa' 82)

"....Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.." (Al Baqarah, 186) Insya Allah, kita berikhtiar dan berusaha. :) 

untuk rujukan lanjut:http://drrushdanoor.tripod.com/id23.html http://ubatsakitkanser.blogspot.com/2011/08/ayat-ayat-al-quran-untuk-merawat-kanser.html http://m.utusan.com.my/Bicara_Agama/20121125/ba_02/Ayat-Al-Quran-sebagai-penawar

NUKILAN DR. HASANAH CHE ISMAIL UNTUK WANITA

BUKU KANSER PAYUDARA TEMAN KE AKHIR HAYAT

Khas untuk para wanita, sama ada penghidap kanser payudara ataupun individu yang sihat, buku Kanser Payudara Teman ke Akhir Hayat karya Dr. Hasanah Binti Che Ismail ini mampu menyuntik semangat baru serta kesedaran daam penjagaan kesihatan. Dr. Hasanah merupakan seorang pakar psikiatri dan seorang profesor di Universiti Sains Malaysia. 




Yang menariknya, buku ini bermula dengan kisah bagaimana watak tersebut menerima berita pahit ini dan belajar menerima takdir yang menimpa hidupnya dengan semangat dan kekuatan. Seterusnya pengarang terus berkongsi cerita, maklumat serta ilmu tentang penyebab kanser payudara yang lewat dikesan, jenis kanser payudara, sama tetapi tidak serupa, rawatan definitif, faktor penentu kualiti hidup semasa rawatan, permulaan selepas tamat rawatan dan makna kanser yang sebenarnya. 

Selain itu, buku ini juga mengandungi maklumat tentang aspek pemakanan, stres dan  kanser payudara, pengajaran daripada breast, kanser payudara dan hubungan seks hinggalah kepada isu apabila kanser bertandang kembali, semuanya didedahkan oleh pengarang secara jujur. Beliau seorang doktor, maka segala perkongsian maklumat tentang kanser payudara ini disampaikan secara tepat dan meyakinkan, serta istilah yang digunakan adalah betul dan tepat.

Buku ini amat bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat, dari dalam kalangan doktor dan pelajar perubatan, pesakit kanser payudara dan masyarakat umum, tidak kira lelaki atau perempuan, semua orang mestinya memiliki dan membaca ini untuk mengelakkan diri dan ahli keluarga atau orang yang terdekat daripada diserang penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati, maka buku inilah yang sewajarnya dijadikan teman dan motivasi diri untuk menjamin kesihatan yang berpanjangan.

Membaca buku ini terasa seperti membaca buku fiksyen, seperti novel yang memberikan kesan emosi kepada pembacanya, kerana bahasanya yang mudah dan menarik, tidak dirumitkan dengan istilah perubatan yang mengganggu pemahaman kelancaran pembacaan. Buku ini amat memberikan kesedaran, keinsafan dan pengajaran kepada pembaca. Susunan bab buku menepati dan berkesinambungan antara satu bab dengan bab yang lain. Pengembangan isi ceritanya juga teratur dengan pemerengganan yang jelas dan dijalin dengan baik antara perenggan dengan perenggan yang seterusnya. Glosari turut disertakan bagi memudahkan pembaca memahami istilah perubatan.

Oleh itu, bacalah dengan mata hati, barulah segala-galanya bererti dan kita pun mengerti bahawa perjalanan kehidupan ini dalam aturan Ilahi. Semoga buku ini dapat menginspirasikan hidup kita.. :)

APAKAH RAWATAN UNTUK KANSER? (bahagian 1)

RAWATAN KANSER


Bahagian 1. 


Kemoterapi 


KEMOTERAPI ialah satu kaedah rawatan untuk membunuh sel kanser  yang didapati membahagi dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan. Rawatan ini bertujuan untuk membunuh sel-sel yang rosak termasuk sel-sel yang baik untuk badan. 


Cara rawatan kemoterapi ni ubat itu akan dimasukkan ke dalam badan dan masuk ke dalam sistem peredaran darah dan disebarkan ke seluruh badan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser melalui berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati.


Kenapa orang yang menjalani rawatan kemoterapi mengalami kesan keguguran rambut?? Jawapannya adalah kerana ubat-ubat anti kanser ini juga turut memberi kesan kepada sel yang normal seperti sel kuku dan sel rambut. Kadangkala ubat-ubat ini tidak dapat membezakan antara sel kanser dan sel normal. Jadi sel-sel normal juga turut terdedah kepada kesan kemoterapi.


Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kemoterapi bergantung kepada jenis dan tahap kanser,kesihatan anda dan sejauh mana potensi kanser akan merebak pada organ2 penting anda.


  • Melalui salur darah.Dadah akan disalurkan melalui salur darah yang cara menyeluruh keseluruh badan anda.Ini dilakukan sekiranya kanser anda berada pada tahap 4 dan sel kanser anda telah merebak ke banyak bahagian badan anda. Kaedah ini dikenali “INTRAVENOUS IV”.


  • Melalui mulut. Kaedah ini anda mengambil dadah kimo melalui pil yang ditelan.


  • Melalui suntikan. Dadah kimo disuntik terus kepada kedudukan kanser atau tumor.


  • Sapuan pada kulit. Kaedah ini digunakan untuk kanser kulit.

Perunding Klinikal Onkologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Muhammad Azrif Ahmad Annuar menjelaskan, kebiasaannya pesakit kanser payudara tahap pertama tidak memerlukan kemoterapi. Bagi kanser payudara, kemoterapi perlu dijalankan sebanyak enam sesi untuk setiap tiga minggu. Ia diikuti dengan pemeriksaan semula setiap tiga atau empat bulan bagi tiga tahun pertama, setiap enam bulan untuk empat hingga lima tahun dan sekali setahun selepas lima tahun. 


semoga bermanfaat.. :) 

Hasil Nukilan Pesakit Kanser

Pernahkah kita semua terfikir bahawa mereka yang menghidap penyakit kanser ini masih produktif untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Buktinya ialah dengan terbit sebuah buku yang berkongsi kisah kehidupan mereka yang bertajuk Taking The Bull By The Horns - A Journey Of Cancer Survivors 








Buku yang bertajuk Taking The Bull By The Horns - A Journey Of Cancer Survivors ini yang ditulis oleh pesakit-pesakit kanser payu dara yang sekarang berada di pasaran sedikit sebanyak membantu insan-insan yang memerlukan sokongan dalam permasalahan ini khususnya. Buku ini dihasilkan oleh pesakit-pesakit kanser yang memaparkan kisah hidup mereka semasa mengalami kanser.

Hasil tulisan penulis-penulis ini memang bersandarkan dari hati mereka sendiri dan berdasarkan kisah benar yang mereka lalui. Memandangkan mereka yang menulisnya  melalui sendiri pengalaman  dalam menangani masalah kanser payu dara sejak mereka didiagnos, bagaimana perasaan mereka, sehinggalah ke proses perubatan, kemoterapi dan sebagainya. Oleh itu, buku ini sesuai dibaca dan dihayati bagi mendapatkan panduan dan juga motivasi untuk terus kekal positif dalam menjalani kehidupan ini.  

Sila rujuk Artikel Penuh di: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1206&sec=kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2R7zz2UR5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berjuanglah Untuk Hidup, Pantang Ajal Sebelum Maut

Paparan kali ini adalah cerita atau kisah tentang seorang pengidap kanser yang tetap berjuang tanpa ptus asa untuk meneruskan hidupnya. Kisah hidup beliau sangat menarik dan sesuai dijadikan sebagai panduan, pendorong semangat dan sokongan untuk anda yang mempunyai masalah yang sama.

1 Little Of Tears


Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama adalah inspirasi daripada kisah benar yang  ini diambil daripada catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang walaupun sebatang pen.

Cerita ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.

Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto.

 Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan. Aya dengan tabah melalui sisa-sisa hidupnya dan cuba melakukan apa jua eprkara semampunya.

Tonton lah cerita yang sangat memberi menginspirasikan ini, saya pasti anda akan mendapat satu eksedaran dan semangat baru setelah menonton cerita Aya ini. Selamat menonton.. :)