Wednesday, March 27, 2013

Agen Penyebab Kanser

Pada kali ini, kami akan mertengahkan dan mengulas serba sedikit berkaitan dengan agen penyebab kepada kanser. Pendedahan kepada bahan karsinogenik persekitaran adalah faktor utama penyumbang kepada penyakir kanser ini. Kehadiran karsinogen ini boleh bertindak sebagai faktor yang mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser. Secara amnya, bahan mutagen juga ialah bahan karsinogenik

Pendedahan yang terlalu lama kepada bahan mutagenik karsonigen memberi kesan kepada pembahagian sel. "Semakin tinggi kadar pembahagian sel, semakin besar peluang untuk berlakunya mutasi akibat  kesilapan dalam replikasi DNA." Dalam kes lain, terdapat agen seperti virus atau bahan karsinogen yang bergabung dengan tindakan hormon sehingga membentuk sel kanser.

  • Karsinogen

Karsinogen ialah sebatian yang boleh menyebabkan kanser. Karsinogen terbahagi kepada 3 kumpulan yang utama, iaitu karsinogen fizikal, karsinogen kimia dan karsinogenesis virus.

1. Karsinogen Fizikal


Karsinogen fizikal diperoleh daripada pelbagai punca fizik seperti sinaran ultra-ungu (UV) atau sinaran ion seperti sinar-x atau sinar-8, asbestos dan benda asing yang boleh mencetuskan transformasi neoplastik yang berperanan menyebabkan kanser kulit atau melanoma.

2.  Karsinogen Kimia


Kewujudan bahan kimia tertentu yang bersifat karsinogenik membawa implikasi tercetusnya pertumbuhan tumor dalam manusia. Kajian dalam piawaian bahan kimia mempunyai potensi onkogenik diperolehi melalui kajian ke atas haiwan dan kajian secara epidemologi ke atas manusia. Antara kumpulan bahan kimia penting yang menyumbang kepada pembentukan kanser ialah bahan organik aromatik, nitrosamina, dan hidrokarbon berhalogen.

3. Karsinogen Virus


Terdapat setengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan tranformasi neoplastik pada sel yang telah terinfeksi. Penyelidik telah mengenalpati virus beberapa virus yang boleh menyebabkan kanser dalam manusia.Virus ini termasuklah virus hepatitis B dan virus papiloma manusia. Infeksi dalam jangka masa yang panjang oleh virus hepaptitis B boleh menyebabkan kanser hati manakala ketumbuhan pada organ genital wanita disebabkan oleh virus papiloma manusia adalah berhubung dengan kanser serviks.

Tabiat merokok juga telah dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda  bagi perokok berbanding mereka yang tidak merokok. 


Bagaimanapun individu yang tidak merokok sentiasa terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini. Peningkatan jumlah pennggunaan tembakau di seluruh dunia boleh dikaitkan dengan peningkatan kejadian penyakit pernafasan dan kanser paru-paru.

Sumber Rujukan : Memahami Kanser; Azimahtol Hawariah Lope Pihie 

No comments:

Post a Comment