Friday, April 19, 2013

PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL KANSER PAYUDARA

Untuk post kali ini, kami akan berkongsi tentang rawatan alternatif untuk kanser payudara. 

Perubatan Tradisional Tukiman telah menjalankan perniagaan  semenjak tahun 1991 dan hanya bermula di rumah pengamal perubatan sahaja. Atas pemintaan ramai dan tanggungjawab kepada masyarakat  kini beliau telah membuka pusat perubatan sendiri di rumah kedai yang beralamat di 35-1 Jalan Sri Putera 1, Taman Sri Putera Johor Bahru, Johor.

          Perubatan Tradisional Tukiman telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2008 dan beroperasi mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Perubatan Tradisional Tukiman fokus  lebih kepada merawati pesakit kanser payudara berdasarkan testimoni dan galakan bekas pesakit kanser yang telah pulih atau sedang menjalani rawatan. InsyaAllah dengan izinNya 70 peratus penyakit kanser boleh dirawati jika mengikut cara Perubatan Tradisional Tukiman. En Tukiman tidak menuntut mahupun berguru dengan sesiapa dalam mencari penawar penyakit kanser payudara ini. Beliau hanya memperolehi penawar dan cara merawati kanser melalui Ilham yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Sejarah perubatan tradisional kanser ini bermula pada tahun 1991 apabila datang seorang pesakit yang ingin meminta pertolongan dengan beliau. Pesakit tersebut risau dan takut ‘aset wanitanya’ akan  dibedah oleh doktor. Selain dari Ramuan Khas herba dan air buah limau sejati, En. Tukiman mencadangkan supaya pesakit mengikut diet  dan pantang larang pemakanan. Selang beberapa hari denyut atau sakit yang amat sangat telah berkurangan dan sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa bulan kemudian. Penghargaan tidak terkira telah diberikan dalam surat pengesahan dan pengakuan perubatannya kepada pengamal perubatan.

Sebelum ini, En. Tukiman lebih cenderung pada perniagaan makanannya dan kini setelah berumur 60 tahun beliau mengaktifkan diri sepenuh masa sebagai pengamal perubatan tradisional khas kanser payudara Malaysia. Yakinlah dan tidak perlu berasa ragu untuk mencuba Perubatan Tradisional Tukiman kerana rawatan ini Suci, Bersih, Halal & tiada bahan kimia yang berbahaya yang sememangnya berbeza dengan rawatan moden seperti kimoterapi yang amat menyakitkan (pengakuan bekas pesakit kanser).

Perubatan Tradisional Tukiman beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam. Untuk kemudahan dan kebaikan semua, kepada pesakit yang pertama kali datang haruslah mendapatkan pengesahan dari pihak hospital dan perlu menghubungi pihak beliau  3 hari sebelum temujanji. 


Rawatan tradisional ini merupakan antara alternatif yang boleh dicuba oleh para pesakit kanser payudara.  Insya Allah, berusaha untuk pulih. semoga bermanfaat. :)




rujukan lanjut : http://www.kanserpayudara.com.my/latarbelakang.html

No comments:

Post a Comment