Sunday, April 14, 2013

FAKTA BARAH PAYUDARA

FAKTA BARAH PAYUDARA 


Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Tetapi, setiap wanita yang berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghidap kanser payudara.
Faktor-faktor berikut adalah berisiko kepada wanita menghidap kanser payudara:
  • Usia meningkat (1 daripada 50 orang wanita yang berumur 40-45 tahun berisiko tinggi)  
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  • Telah mendapat kanser pada satu payudara.
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
Tahap  penghidapan penyakit barah payudara ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
  • Tahap 1

Merupakan tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya.  Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

  • Tahap 2

Pada tahap yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

  • Tahap 3

Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm.  Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada). 
  • Tahap 4

Pada  tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara.  Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

Kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka hanya datang berjumpa dengan pihak doktor pada tahap akhir. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti dikenal pasti seawal mungkin. Pengesanan barah payudara boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Oleh itu, semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) pada Setiap bulan sepanjang hayat mereka. 



Tanda tanda Amaran Yang Perlu Diperhatikan Semasa Pemeriksaan.

  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari puting payudara
Apabila terdapat tanda-tanda amaran seperti di atas, para wanita hendaklah segera berjumpa dengan pihak doktor untuk ujian pengesanan dan rawatan yang selanjutnya. Oleh itu, bagi mencegah kanser payudara sedari awal Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) perlulah dilakukan secara berkala pada setiap bulan. Mencegah lebih baik daripada merawat. :) 

rujukan lanjut: http://anizyn.blogspot.com/2008/10/pemeriksaan-sendiri-payudara-psp.html
http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/maklumat/tahap_kanser.htm

No comments:

Post a Comment