Sunday, April 21, 2013

APAKAH RAWATAN UNTUK KANSER? (bahagian 1)

RAWATAN KANSER


Bahagian 1. 


Kemoterapi 


KEMOTERAPI ialah satu kaedah rawatan untuk membunuh sel kanser  yang didapati membahagi dengan terlalu cepat sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada tisu badan. Rawatan ini bertujuan untuk membunuh sel-sel yang rosak termasuk sel-sel yang baik untuk badan. 


Cara rawatan kemoterapi ni ubat itu akan dimasukkan ke dalam badan dan masuk ke dalam sistem peredaran darah dan disebarkan ke seluruh badan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser melalui berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati.


Kenapa orang yang menjalani rawatan kemoterapi mengalami kesan keguguran rambut?? Jawapannya adalah kerana ubat-ubat anti kanser ini juga turut memberi kesan kepada sel yang normal seperti sel kuku dan sel rambut. Kadangkala ubat-ubat ini tidak dapat membezakan antara sel kanser dan sel normal. Jadi sel-sel normal juga turut terdedah kepada kesan kemoterapi.


Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kemoterapi bergantung kepada jenis dan tahap kanser,kesihatan anda dan sejauh mana potensi kanser akan merebak pada organ2 penting anda.


  • Melalui salur darah.Dadah akan disalurkan melalui salur darah yang cara menyeluruh keseluruh badan anda.Ini dilakukan sekiranya kanser anda berada pada tahap 4 dan sel kanser anda telah merebak ke banyak bahagian badan anda. Kaedah ini dikenali “INTRAVENOUS IV”.


  • Melalui mulut. Kaedah ini anda mengambil dadah kimo melalui pil yang ditelan.


  • Melalui suntikan. Dadah kimo disuntik terus kepada kedudukan kanser atau tumor.


  • Sapuan pada kulit. Kaedah ini digunakan untuk kanser kulit.

Perunding Klinikal Onkologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Muhammad Azrif Ahmad Annuar menjelaskan, kebiasaannya pesakit kanser payudara tahap pertama tidak memerlukan kemoterapi. Bagi kanser payudara, kemoterapi perlu dijalankan sebanyak enam sesi untuk setiap tiga minggu. Ia diikuti dengan pemeriksaan semula setiap tiga atau empat bulan bagi tiga tahun pertama, setiap enam bulan untuk empat hingga lima tahun dan sekali setahun selepas lima tahun. 


semoga bermanfaat.. :) 

No comments:

Post a Comment