Saturday, March 23, 2013

PENGENALAN KEPADA KANSER

PENGENALAN KEPADA KANSER

Sebagai pengenalan kepada kanser, kami akan mendedahkan maklumat-maklumat umum tentang kanser seperti definisi kanser, tumor penyebab kanser, siapa pengidap kanser dan adakah kanser boleh diwarisi. Selamat membaca. :)

APA ITU KANSER? 

Kanser ialah suatu penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel-sel badan yang tidak normal dan secara tidak terkawal. Untuk pengetahuan semua, sel-sel dalam badan kita akan membahagi untuk menghasilkan sel-sel yang baru bagi menggantikan sel yang rosak ataupun tercedera. Sel-sel akan membahagi dalam proses yang dipanggil mitosis. Namun, jika sel dalam badan membahagi secara tidak normal tanpa henti, sel-sel ini akan berkumpul dan membentuk tumor yang boleh membahayakan sel-sel normal yang lain. Tumor akan membesar dan akan menghimpit serta mengambil makanan daripada sel-sel normal tersebut. 

" Istilah perubatan bagi kanser ialah neoplasma cancer "

ADAKAH SEMUA TUMOR MENYEBABKAN KANSER? 

Jawapannya tidak.  Tidak semua tumor menyebabkan kanser. Hal ini kerana, ada 2 jenis tumor iaitu tumor Benigna dan tumor Malignan. Tumor Benigna tidak merebak dan jarang berbahaya. Contohnya seperti ketuat dan sista. Manakala tumor Malignan pula berbahaya dan akan merebak ke organ lain serta membesar sehingga menjadi kanser. 

Kadang kala sel-sel kanser berpecah daripada sekumpulan tumor asal dan bergerak ke bahagian lain di tubuh, di mana ia terus membiak dan membentuk tumor baru. Beginilah caranya sel-sel kanser merebak. Perebakan tumor ke tempat baru dalam tubuh dikenali sebagai metastasis. Oleh itu, jika sel-sel tumor Malignan berpecah dan merebak kepada organ payudara, maka terjadilah kanser payudara, begitu juga yang berlaku jika ia merebak di organ yang lain. 



SIAPAKAH PENGHIDAP KANSER? 


Pada umumnya, kanser boleh menyerang sesiapa sahaja. Ini bermakna, kanak-kanak juga boleh dijangkiti kanser. Namun begitu, pada kebiasaannya kanser dihidapi oleh orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas. 

ADAKAH KANSER BOLEH DIWARISI? 

Kanser tidak boleh diwarisi. Jika ibu menghidapi kanser, tidak semestinya anak juga mendapat kanser. Akan tetapi, seseorang yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser akan berisiko mendapat kanser. Namun, sel kanser tidak boleh menjangkiti orang lain walaupun terdapat pemindahan darah dilakukan. 


Sekian sahaja untuk entry kali ini.  Diharap info-info yang diberikan bermanfaat untuk anda semua. Nantikan pula post akan datang yang pastinya terdapat banyak lagi info-info yang berguna. Salam ukhwah. :)

rujukan lanjut: 
http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/comparative-medicine/2225492-definisi-kanser/ http://blogkesihatandiri.blogspot.com/2011/07/definisi-kanser.html

1 comment:

  1. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser sebanyak 0.6 cm dan 0.8 cm sebulan mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjauga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete