Paparan kali ini adalah cerita atau kisah tentang seorang pengidap kanser yang tetap berjuang tanpa ptus asa untuk meneruskan hidupnya. Kisah hidup beliau sangat menarik dan sesuai dijadikan sebagai panduan, pendorong semangat dan sokongan untuk anda yang mempunyai masalah yang sama.
1 Little Of Tears
Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama adalah inspirasi daripada kisah benar yang ini diambil daripada catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang walaupun sebatang pen.
Cerita ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.
Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto.
Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan. Aya dengan tabah melalui sisa-sisa hidupnya dan cuba melakukan apa jua eprkara semampunya.
Tonton lah cerita yang sangat memberi menginspirasikan ini, saya pasti anda akan mendapat satu eksedaran dan semangat baru setelah menonton cerita Aya ini. Selamat menonton.. :)

No comments:
Post a Comment