Sunday, March 31, 2013

APAKAH KANSER PEMBUNUH WANITA?

PEMBUNUH WANITA


Barah payudara merupakan barah yang kurang berbahaya, namun barah ini kerap berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia. 

Mengikut statistik, seorang wanita di Malaysia berisiko 1 dalam 19 berkemungkinan mendapat barah payudara sepanjang hayatnya.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa wanita berbangsa Cina lebih tinggi kecederungannya untuk menghidap barah ini iaitu 1 dalam 14 (1:14) manakala wanita berbangsa India pula 1:15. Wanita Melayu mempunyai risiko yang paling rendah iaitu 1:24 berbanding 1:8 bagi wanita di negara maju.

Maka, wanita-wanita sekalian perlulah:  

  • mengurangkan atau menghilangkan rasa takut untuk melakukan pemeriksaan
  • melakukan pemeriksaan dengan segara sebelum terlambat
  • menambahkan pengetahuan mengenai barah payudara supaya dapat melakukan pencegahan.


Apa Tunggu lagi..Ayuh kita lakukan pemeriksaan dengan segera.

 MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT

Friday, March 29, 2013

TIPS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Dari Mana Sel Kanser Mendapat Makanan? 

Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:
  •  Pengambilan gula

Oleh itu, dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.
  •  Garam halus

bahan kimia digunakan untuk membuat garam kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukarlah kepada garam laut atau garam bukit.
  •  Susu 

Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus tersebut untuk terus membiak. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.
  •  Persekitaran berasid

Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.

Pantang larang pesakit kanser

pesakit kanser tidak digalakkan makan makanan berikut: 
  • Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega dan lain-lain
  • Seafood : seperti Gamat, Ketam, Sotong dan Udang (makanan ini dapat menyubur kan sel kanser terutama gamat )
  • Minuman pekat: Kopi, teh, minuman bercoklat (Ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)
  • Daging merah wajib di elakkan terutama Daging Lembu, Kambing, Unta , Rusa dan Khinzir.
  • Sayur dan Buah-buahan bergetah dan berangin seperti Nangka, Cempedak, Sukun dan kundur kerana Menyebabkan Kesakitan dan berdenyut.
  • Sebarang jenis Ikan yang mempunyai sisik yang banyak, seperti Ikan haruan, Ikan Merah, Ikan Gelama, dan sebarang jenis ikan yang bersisik. Disarankan makan ikan tidak bersisik. Contoh Ikan yang tidak bersisik yang boleh di makan, seperti Ikan tongkol, Ikan Yu, Ikan Salomon, Ikan kembung, Ikan Keli, Ikan patin dan Lain-lain. Hal ini kerana  ikan yang tidak mempunyai sisik dan berada di laut yang dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega merupakan makanan anti kanser. 
  • Makanan segera dan sebarang produk dalam tin : Seperti Ikan sardin, buah laici dan jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mangandungi bahan pengawet.
  • Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakan untuk dimakan
  • Makanan yang dipanggang dan dibakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang dan lain-lain harus di elakan keranan makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.
diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda. :)

TIPS PEMAKANAN UNTUK MENCEGAH KANSER

 BIJI APRIKOT DAN KHASIATNYA :

Tahukah anda bahawa biji aprikot mempunyai khasiat untuk merawat penyakit kanser? 



BIJI APRIKOT merupakan salah satu rawatan alternatif bagi mencegah dan merawat pesakit kanser. Antara nutrien yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga sering disebut sebagai Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah untuk memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air. Justeru, kuantiti air yang banyak perlu diambil oleh pesakit bagi melancarkan pembuangan sel-sel asing dengan bantuan Vitamin B17 yang terkandung dalam biji aprikot ini. 


MAKANAN KAYA ANTIOKSIDA DAN KHASIATNYA :

 Adakah antioksida dapat mencegah kanser?

ANTIOKSIDA ialah sejenis bahan yang terdapat dalam makanan yang mampu melindungi dan mencega kanser. Antioksida dapat melindungi daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel dan DNA dan boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain. Saintis telah membuktikan bahawa radikal bebas boleh menyebabkan proese penuaan, kanser, sakit jantung, strok, Parkinson, allergi dan sebagainya. 

Bagaimana atioksida mencegah kanser?
ANTIOKSIDA terdiri daripada beta charotene, lychopene, Vitamin A, C dan E dan dapat mencegah kanser dengan 3 cara:

  • memusnahkan radikal bebas
  • meningkatkan sistem immun atau sistem pertahanan badan yang akan bertindak memusnahkan sel-sel yang rosak
  • mengurangkan kebarangkalian sel kanser melekat pada organ dan gland.

Apakah makanan yang kaya antioksida?  




ANTIOKSIDA  banyak terdapat dalam sayur-sayuran, bah-buahan, kekacang dan bijirin. antara makanan yang kaya dengan antioksida ialah:  


  • Beta charotene banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren seperti lobak, oren, aprikot, labu dan mangga. Sesetengah sayuran hijau juga mempunyai beta charotene seperti sayur bayam. 
  • Makanan yang kaya Vitamin A ialah seperti ubi keledek dan lobak.
  • Vitamin C atau juga dikenali sebagai askorbic asid banyak terdapat dalam buah-buahan seperti oren, strawberi, epal, mangga, nanas, raspberi, blueberry dan pear.
  • Vitamin E atau alpha-tocopherol, banyak terdapat dalam makanan seperti minyak bunga matahari, kacang soya, minyak zaitun, kekacang seperti almond, bijiin penuh, brokoli dan avokado.

Oleh itu, pengambilan makanan-makanan di atas dalam diet seharian mampu mencegah kanser. marilah kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan bermanfaat pada tubuh badan kita! :) 

rujukan lanjut: http://rawatkanser.com/tag/bagaimana-kanser-di-rawat/persatuan kanser kebangsaan 

Wednesday, March 27, 2013

Tanda-Tanda Awal Kanser

Kanser pangkal rahim

  • berlaku sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa 
  • berasa sakit selepas persetubuhan 
  • berlaku penuruna berat badan

Kanser payudara 

  • terdapat bengkak dan bejolan di payudara 
  • keluar cairan berdarah dari puting
  • pembesaran kelenjar di ketiak

Kanser usus besar

  • berlaku perubahan tabiat membuang air
  • terdapat pendarahan ketika membuang air besar
  • sakit dalam perut
  • hilang berat badan 

Kanser paru-paru

  • batuk kuat berpanjangan
  • sakit dada
  • nafas tercungap-cungap 
  • batuk berdarah

Kanser perut 

  • muntah berdarah
  • sistem pencernaan yang tidak teratur
  • mudah kenyang walaupun makan sedikit
  • berat badan susut 

Kanser limpa

  • sakit dan membengkak di bahagian abdomen
  • mata dan kulit berubah ke warna kuning
  • hilang selera makan 
  • hilang berat badan 

Kanser ovari

  • haid tidak teratur
  • ketumbuhan kerasn di bahagian abdomen
  • berasa sakit ketika persetubuhan
  • suara menjadi lebih mendalam
  • pertumbuhan rerambut yang tidak terkawal 

Kanser otak 

  • sakit kepala
  • sering muntah-muntah
  • gangguan penglihatan
  • lemah atau lumpuh
  • berlaku perubahan menjadi pelupa

Kanser prostat

  • berasa sukar membuang air kecil 
  • berasa sakit berpanjangan ketika membuang air kecil

Kanser darah (leukimia)

  • mudah letih. berasa lemah
  • mudah mendapat jangkitan
  • mudah lebam
  • muka pucat 

Kanser tekak

  • suara garau atau besar
  • sukar menelan
  • ada ketumbuhan di tekak 
  • kelenjar membengkak di leher
semoga maklumat di atas berguna untuk anda.. :) terima kasih kerana membaca bersama kami.. :)
untuk rujukan lanjut: http://rawatkanser.com/tag/bagaimana-kanser-di-rawat/

Apakah Penyebab Umum Kanser?

Kejadian sebenar kanser sehingga kini masih tidak diketahui.Namun,  90% kanser berkait rapat dengan gaya hidup dan alam sekitaran.

Antara faktor-faktor risiko kanser ialah:


  • Sejarah keluarga penghidap kanser.
- Jika anda mempunyai keluarga yang menghidap sebarang jenis kanser berkemungkinan besar anda lebih berisiko tinggi untuk mendapat barah.
  • Amalan pemakanan(diet).
- Dianggarkan 30-40% kanser dikaitkan dengan amalan diet anda. Lemak berlebihan berkait rapat dengan kanser kolon dan barah payudara.
- Manakala kanser esofagus, kanser perut dan kanser nasofarinks mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan yang digaramkan dan bersalai.
  • Tabiat merokok.
- Kanser paru-paru dikaitkan dengan amalan merokok. 90% daripada pesakit kanser paru-paru adalah perokok tegar.
- Tar di dalam tembakau rokok juga dikaitkan dengan kanser larinks (tekak), kanser mulut, kanser farinks, kanser esofagus,kanser pundi kencing, kanser buah pinggang dan kanser serviks.
  • Tabiat seks.
- Mempunyai tabiat bertukar-tukar pasangan dalam hubungan seks dan memulakan tabiat seks di usia muda menambah risiko kanser serviks.
  • Sirih dan tembakau
- Mengunyah sirih dan tembakau mungkin menyebabkan kanser mulut.
  • Jangkitan hepatitis B.
- Kanser hati mempunyai hubungan dengan jangkitan virus hepatitis B.
  • Geografi.
- Anda berisiko untuk terdedah kepada kanser tertentu jika terdedah di persekitaran kerja melibatkan bahan karsinogen ataupun  persekitaran tempat tinggal yang berdekatan dengan kilang bahan karsinogen yang berbahaya. 

~berikut merupakan penyebab umum kanser. seterusnya kami akan bawakan kepada anda pula tentang tanda-tanda umum pelbagai jenis kanser. nantikan pula post kami yang akan datang ya.. salam ukhwah.. :) 

Agen Penyebab Kanser

Pada kali ini, kami akan mertengahkan dan mengulas serba sedikit berkaitan dengan agen penyebab kepada kanser. Pendedahan kepada bahan karsinogenik persekitaran adalah faktor utama penyumbang kepada penyakir kanser ini. Kehadiran karsinogen ini boleh bertindak sebagai faktor yang mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser. Secara amnya, bahan mutagen juga ialah bahan karsinogenik

Pendedahan yang terlalu lama kepada bahan mutagenik karsonigen memberi kesan kepada pembahagian sel. "Semakin tinggi kadar pembahagian sel, semakin besar peluang untuk berlakunya mutasi akibat  kesilapan dalam replikasi DNA." Dalam kes lain, terdapat agen seperti virus atau bahan karsinogen yang bergabung dengan tindakan hormon sehingga membentuk sel kanser.

  • Karsinogen

Karsinogen ialah sebatian yang boleh menyebabkan kanser. Karsinogen terbahagi kepada 3 kumpulan yang utama, iaitu karsinogen fizikal, karsinogen kimia dan karsinogenesis virus.

1. Karsinogen Fizikal


Karsinogen fizikal diperoleh daripada pelbagai punca fizik seperti sinaran ultra-ungu (UV) atau sinaran ion seperti sinar-x atau sinar-8, asbestos dan benda asing yang boleh mencetuskan transformasi neoplastik yang berperanan menyebabkan kanser kulit atau melanoma.

2.  Karsinogen Kimia


Kewujudan bahan kimia tertentu yang bersifat karsinogenik membawa implikasi tercetusnya pertumbuhan tumor dalam manusia. Kajian dalam piawaian bahan kimia mempunyai potensi onkogenik diperolehi melalui kajian ke atas haiwan dan kajian secara epidemologi ke atas manusia. Antara kumpulan bahan kimia penting yang menyumbang kepada pembentukan kanser ialah bahan organik aromatik, nitrosamina, dan hidrokarbon berhalogen.

3. Karsinogen Virus


Terdapat setengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan tranformasi neoplastik pada sel yang telah terinfeksi. Penyelidik telah mengenalpati virus beberapa virus yang boleh menyebabkan kanser dalam manusia.Virus ini termasuklah virus hepatitis B dan virus papiloma manusia. Infeksi dalam jangka masa yang panjang oleh virus hepaptitis B boleh menyebabkan kanser hati manakala ketumbuhan pada organ genital wanita disebabkan oleh virus papiloma manusia adalah berhubung dengan kanser serviks.

Tabiat merokok juga telah dikenalpasti sebagai punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda  bagi perokok berbanding mereka yang tidak merokok. 


Bagaimanapun individu yang tidak merokok sentiasa terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini. Peningkatan jumlah pennggunaan tembakau di seluruh dunia boleh dikaitkan dengan peningkatan kejadian penyakit pernafasan dan kanser paru-paru.

Sumber Rujukan : Memahami Kanser; Azimahtol Hawariah Lope Pihie 

Saturday, March 23, 2013

PENGENALAN KEPADA KANSER

PENGENALAN KEPADA KANSER

Sebagai pengenalan kepada kanser, kami akan mendedahkan maklumat-maklumat umum tentang kanser seperti definisi kanser, tumor penyebab kanser, siapa pengidap kanser dan adakah kanser boleh diwarisi. Selamat membaca. :)

APA ITU KANSER? 

Kanser ialah suatu penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel-sel badan yang tidak normal dan secara tidak terkawal. Untuk pengetahuan semua, sel-sel dalam badan kita akan membahagi untuk menghasilkan sel-sel yang baru bagi menggantikan sel yang rosak ataupun tercedera. Sel-sel akan membahagi dalam proses yang dipanggil mitosis. Namun, jika sel dalam badan membahagi secara tidak normal tanpa henti, sel-sel ini akan berkumpul dan membentuk tumor yang boleh membahayakan sel-sel normal yang lain. Tumor akan membesar dan akan menghimpit serta mengambil makanan daripada sel-sel normal tersebut. 

" Istilah perubatan bagi kanser ialah neoplasma cancer "

ADAKAH SEMUA TUMOR MENYEBABKAN KANSER? 

Jawapannya tidak.  Tidak semua tumor menyebabkan kanser. Hal ini kerana, ada 2 jenis tumor iaitu tumor Benigna dan tumor Malignan. Tumor Benigna tidak merebak dan jarang berbahaya. Contohnya seperti ketuat dan sista. Manakala tumor Malignan pula berbahaya dan akan merebak ke organ lain serta membesar sehingga menjadi kanser. 

Kadang kala sel-sel kanser berpecah daripada sekumpulan tumor asal dan bergerak ke bahagian lain di tubuh, di mana ia terus membiak dan membentuk tumor baru. Beginilah caranya sel-sel kanser merebak. Perebakan tumor ke tempat baru dalam tubuh dikenali sebagai metastasis. Oleh itu, jika sel-sel tumor Malignan berpecah dan merebak kepada organ payudara, maka terjadilah kanser payudara, begitu juga yang berlaku jika ia merebak di organ yang lain. 



SIAPAKAH PENGHIDAP KANSER? 


Pada umumnya, kanser boleh menyerang sesiapa sahaja. Ini bermakna, kanak-kanak juga boleh dijangkiti kanser. Namun begitu, pada kebiasaannya kanser dihidapi oleh orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas. 

ADAKAH KANSER BOLEH DIWARISI? 

Kanser tidak boleh diwarisi. Jika ibu menghidapi kanser, tidak semestinya anak juga mendapat kanser. Akan tetapi, seseorang yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser akan berisiko mendapat kanser. Namun, sel kanser tidak boleh menjangkiti orang lain walaupun terdapat pemindahan darah dilakukan. 


Sekian sahaja untuk entry kali ini.  Diharap info-info yang diberikan bermanfaat untuk anda semua. Nantikan pula post akan datang yang pastinya terdapat banyak lagi info-info yang berguna. Salam ukhwah. :)

rujukan lanjut: 
http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/comparative-medicine/2225492-definisi-kanser/ http://blogkesihatandiri.blogspot.com/2011/07/definisi-kanser.html

Thursday, March 21, 2013

Siapa "Kami"

SALAM SEJAHTERA PEMBACA SEMUA

Selamat datang, selamat menjelajah dan selamat berkenalan semua. Kami adalah pelajar tahun 2 Program Kerja Sosial yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Blog ini dibuat oleh kumpulan kami iaitu kumpulan "Warga Penyayang_SW" yang terdiri daripada 6 orang kaki tangan iaitu Nor Aqliyyah Binti Nordin Ahmad, 'Izza Amelia Binti Bahari, Sarin Binti Johani,  Sebai Anak Sumbang, Elias Bin Abdan dan Muhamad Fadhil Bin Shafie.

Blog ini dicipta khas untuk kami berkongsi segala maklumat yang berkaitan dengan golongan wanita. Kami lebih memberi penekanan kepada penyakir kanser yang sering dihidapi oleh kaum wanita. Jadi, secara khususnya blog ini adalah untuk berkongsi segala maklumat yang berkaitan dengan penyakit kanser wanita, sama ada tanda-tanda, kesan dan juga langkah merawatnya. Walaupun kami tahu dan maklum bahawa telah banyak blog berkaitan kanser ini, namun kami tetap ingin membantu untuk sama-sama mengingatkan dan berkongsi segala maklumat berkaitan kanser dengan para pembaca semua. 

Segala maklumat yang kami paparkan dan kongsi di sini akan turut disertakan sumbernya. Oleh itu, sekiranya pembaca semua ingin mengetahui lebih lanjut tentang maklumat dan kesahihannya bolehlah merujuk kepada rujukan tersebut. Sekian sahaja pengenalan awal dari kami sekumpulan. Harapan kami adalah semoga maklumat yang kami kongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Terima kasih dan selamat membaca. :)

"Kami memberi kepada yang ingin menerima, berkongsi kepada yang sudi mendengar"

Kami Peka Kami Prihatin: Masalah anda masalah kami, masalah semua atasi bersama.