Sunday, April 21, 2013

MASA UNTUK MAKAN!!

Ini merupakan resipi yang mudah, ringkas dan yang paling penting. resipi boleh dicuba oleh semua orang sama ada pesakit kanser mahupun bukan penghidap kanser.

          BUBUR KACANG

Bahan-bahan:  

*300g kacang hijau. rendam semalaman kacang hijau dalam air. Buang air tersebut dan bilas sebelum digunakan.
*20 kurma merah cina (pilihan)
*Air suling

*Daun Pandan

Penyediaan:

1. Basuh kacang dan letakkan kacang tersebut ke dalam kaca atau periuk keluli. Tambah air suling untuk  mendidih.

2. Perlahankan api, tutup periuk dan biarkan mendidih sehingga kacang menjadi lembut.
3. Sementara itu,  masak kurma merah dalam air suling (secukupnya) dalam periuk yang berlainan selama 20-30 minit dan kisar kurma merah tersebut.
4. Untuk tambahan, sediakan jus kurma merah daripada kacang hijau yang dimasak.
5. Tambah lagi air suling supaya ianya konsisten. Tambah daun pandan sebelum ianya mendidih semula.
6. Hidangkan BUBUR KACANG ini sama ada semasa panas atau sejuk.


SELAMAT MENCUBA~

Rujukan: Food & Cancer (Dr. Chris K. H. Teo & Ch'ng Beng Im)

No comments:

Post a Comment