Wednesday, March 27, 2013

Apakah Penyebab Umum Kanser?

Kejadian sebenar kanser sehingga kini masih tidak diketahui.Namun,  90% kanser berkait rapat dengan gaya hidup dan alam sekitaran.

Antara faktor-faktor risiko kanser ialah:


  • Sejarah keluarga penghidap kanser.
- Jika anda mempunyai keluarga yang menghidap sebarang jenis kanser berkemungkinan besar anda lebih berisiko tinggi untuk mendapat barah.
  • Amalan pemakanan(diet).
- Dianggarkan 30-40% kanser dikaitkan dengan amalan diet anda. Lemak berlebihan berkait rapat dengan kanser kolon dan barah payudara.
- Manakala kanser esofagus, kanser perut dan kanser nasofarinks mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan yang digaramkan dan bersalai.
  • Tabiat merokok.
- Kanser paru-paru dikaitkan dengan amalan merokok. 90% daripada pesakit kanser paru-paru adalah perokok tegar.
- Tar di dalam tembakau rokok juga dikaitkan dengan kanser larinks (tekak), kanser mulut, kanser farinks, kanser esofagus,kanser pundi kencing, kanser buah pinggang dan kanser serviks.
  • Tabiat seks.
- Mempunyai tabiat bertukar-tukar pasangan dalam hubungan seks dan memulakan tabiat seks di usia muda menambah risiko kanser serviks.
  • Sirih dan tembakau
- Mengunyah sirih dan tembakau mungkin menyebabkan kanser mulut.
  • Jangkitan hepatitis B.
- Kanser hati mempunyai hubungan dengan jangkitan virus hepatitis B.
  • Geografi.
- Anda berisiko untuk terdedah kepada kanser tertentu jika terdedah di persekitaran kerja melibatkan bahan karsinogen ataupun  persekitaran tempat tinggal yang berdekatan dengan kilang bahan karsinogen yang berbahaya. 

~berikut merupakan penyebab umum kanser. seterusnya kami akan bawakan kepada anda pula tentang tanda-tanda umum pelbagai jenis kanser. nantikan pula post kami yang akan datang ya.. salam ukhwah.. :) 

No comments:

Post a Comment